0 Barang
 
Kategori
 

Soalan Lazim

Bagaimana pembayaran dibuat?
Sebagai mesra pelanggan, pembayaran boleh dibuat melalui cara bank deposit, online transfer, paypal, kad debit dan kad kredit.

Jumlah tempahan saya ada RMxx.50, bagaimana saya mahu deposit 50 sen ke mesin deposit?
Tidak mengapa, 50 sen itu saya berikan diskaun.

Bagaimana penghantaran dibuat?
Penghantaran dibuat secara pos melalui Pos Malaysia atau datang ambil sendiri.

Adakah penghantaran dibuat untuk Sabah dan Sarawak?
Buat masa ini, penghantaran hanya dibuat di Semenanjung Malaysia sahaja.

Bolehkah saya ambil sendiri kuih raya saya?
Ya boleh, tetapi setiap pesanan anda perlu dibayar terlebih dahulu sebelum ambil kuih dan dipesan melalui website ini. Tiada cash on delivery. Pengambilan sendiri boleh diambil di alamat ini:
     

Jika kuih raya dipos adakah ia akan pecah?
Setiap kuih diisikan dalam balang, kemudian dibungkus dengan bungkusan buih (buble wrap) dan diposkan didalam kotak.

Bilakah saya akan mendapat kuih raya saya?
Kami akan menghantar tempahan kuih raya anda 2 minggu sebelum hari raya. Jika anda mahu kuih raya anda lebih cepat sila letak tarikh hantar tempahan kuih raya anda pada bahagian komen semasa membuat pesanan. Penghantaran segera akan dibuat pada setiap hari Isnin mulai 4 Julai 2011.

Saya berminat mahu jadi pemgedar, bagaimana?
Kami mengalu-alukan pengedar, sila hubungi kami. Sila ke Maklumat>Hubungi Kami